MENCARI CEBISAN MEMORI
SEKOLAH RENDAH
Masuk umur 7 tahun,
Aku masuk sekolah rendah tahun satu,
Dulu aku kecik orangnya sekarang juga kecik,
Tapi tiada yang boleh buli aku,
Sebab aku boleh dikatakan seorang budak kuat.
Huh, tapi yang sebetulnya,
Tidak banyak kisah tahun satu yang masih ada
dalam kotak memori aku,
Yang aku tahu dulu aku budak yang pintar.
He.he.
NOMBOR SATU.
Sambung lagi cerita aku sebagai pelajar pintar,
Dulu semasa sekolah rendah,
Sejak tahun dua hingga enam,
Aku dapat nombor satu keseluruhan kelas,
Perkara besar yang mendorong aku untuk
berusaha dapat nombor Satu,
Adalah hadiah dari bapa yang berupa duit,
Dengan duit itu akan beli banyak benda,
Termasuk anak patung,
Kononnya sebagai penghargaan terhadap diri
sendiri,
Sungguh pintar sekali aku memancing diri
sendiri. He.he
Aku juga pernah dapat dua anugerah semasa
sekolah rendah,
Bestari katakan.
Bestari katakan.
Tapi sungguh tidak bestari,
Sebab tropy anugerah tersebut sudah pun pecah,
Aku hempas ke lantai semasa marah.
MARAH
Berkisah tentang marah,
Ya aku memang seorang yang sangat pemarah,
Kurang sekarang lebih dahulu,
Dulu,
Penyakit pemarah amat sukar ku buang,
Yang mampu aku buang adalah barang,
Habis barang di rumah aku buang,
Lucunya,
Pernah sekali,
Aku buang pakaian adik aku dengan raganya
sekali ke luar rumah,
Marah tentang apa aku lupa.
Ha.ha
Buku,
Memang mangsa,
Habis
aku koyakkan dan buang,
BUKU
Buku memang sahabat aku,
Sejak dulu hingga sekarang,
Aku suka baca buku,
Minat membaca aku dimulai dengan novel cinta,
Semasa tahun 5 aku sudah pandai membaca novel
cinta,
Pembekal novel semasa itu adalah kakak aku,
Selepas masuk kealam sekolah menengah,
Minat membaca aku beralih arah kepada novel
islamik,
Antara novel yang banyak memberi kesan adalah
“Tautan hati” dikarang oleh Fatimah Syarha.
Namun selepas habis sekolah menengah,
Banyak lagi perkara yang aku beralih arah,
Termasuk genre buku,
Kini aku bukan peminat novel islamik.
Termasuk genre buku,
Kini aku bukan peminat novel islamik.
SMATS
Sekolah Menengah Agama Tun Said atau SMATS,
Ya itulah nama sekolah menengah aku,
Sekolah agama?
Ya betul.
Di sinilah aku mula belajar lebih tentang
agama,
Di sini juga aku mengalami kejutan budaya,
Mana tidaknya di sini setiap hari kami mesti
ke surau,
Setiap
hari mesti pakai baju kurung dan tudung labuh,
Aku sangat bahagia dengan semua itu,
Ya aku memang sungguh terharu dengan semua
itu,
Inilah rasa beragama yang aku cari (semasa itu la),
Yang lucunya,
Aku pernah bagitahu kawan aku,
“Aku rasa mahu mati disini”.
Begitu hebat rasa itu kan.
Hi.Hi
Tapi tidak! aku tidak mati di sana,
Dan rasa itu juga sudah berlalu,
Aku yang terlalu mentah semasa itu.
ASRAMA
Bercerita tentang asrama,
Ya semasa sekolah menengah aku tinggal di
asrama,
5 tahun,
Mula masuk sebagai junior,
Dan akhirnya menjadi senior,
Perkara yang aku benci tentang asrama,
“Rutin yang sama”
Setiap hari kami akan buat perkara yang sama,
Bangun awal pagi,
Ke surau,
Ke sekolah,
Ke dewan makan,
Ke bilik,
Ke surau lagi,
Kes bilik prep,
Ke bilik
lagi.
Isnin hingga jumaat,
Itulah jadual kami.
Kehidupan asrama,
Membuatkan aku begitu kenal dengan perkataan
“Stress”
STRESS
Kalau tadi aku sudah cerita tentang sikap
pemarah aku,
Lagi satu yang tidak boleh dipisahkan,
Mudah “Stress”,
Itulah aku semasa zaman sekolah menengah,
Stress dan menangis,
Sungguhlah memalukan bila difikirkan kembali.
Peraturan buat aku stress,
Pelajaran buat aku stress,
Kesalahan buat aku stress,
Percintaan buat aku stress,
Percintaan?
Ow tidak. Itu bukan aku.
PERCINTAAN
Taip perkataan di atas,
Membuatkan aku geli,
Jangan salah sangka,
Aku bukan anti-cinta,
Aku Cuma ingin ceritakan,
Di zaman sekolah menengah dahalu,
Aku tidak pernah mengalami cinta monyet,
Sebagaimana yang selalu dikaitan dengan
pelajar sekolah.
Syukurlah.
Bersambung...
Tulisan ini tidak aku tujukan pada sesiapa,
Ini untuk aku agar tidak lupa,
Sekadar mencantum cebisan memori,
Takut hilang mengejar waktu yang berlalu,
0 comments:
Post a Comment