Assalamualaikum W.B.T..Syukur ke hadrat Illahi kerana masih berkesempatan untuk mencoret rasa yang terbuku di hati. Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad yang menempuh pelbagai kepayahan untuk menegakkan kebenaran dan membangunkan manusia dari lena yang tak terpejam oleh mata nyata.
Kalungan mutiara yang menghias diri hawa!
Sifat malu adalah perasaan yang dapat membenteng seorang mukmin lelaki atau perempuan daripada melakukan perkara yang menghancurkan, memusnahkan maruah diri sendiri. Malu merupakan gambaran akhlak terpuji seorang mukmin.Malu merupakan salah satu daripada cabang iman. Benarlah kata Sayyidatina Aisyah r.a:”sekiranya seorang lelaki itu memiliki sifat malu nescaya dia seorang yang soleh, dan sekiranya seorang lelaki itu memiliki sifat yang keji nescaya dia seorang lelaki yang jahat: ” Begitu jua lah hadis yang di tujukan kepada perempuan mukminah.
POSITIF:
-Sifat malu merupakan senjata orang muknim agar tidak melakukan perkara mungka
-Malu adalah akhlak yang terpuji.
-Memiliki sifat malu merupakan bukti mukmin yang luhur imannya.
NEGATIF
-Tanpa malu seseorang itu akan rosak.
-Orang tidak ada perasaan malu akan jauh daripada Allah.
-Hidup akan dibelenggu kehinaan.
Oleh itu marilah kita bersama-sama bermuhasabah agar liku-liku kehidupan yang tidak ada titik hujungnya akan dapat kita tempuhi di bawah kasih dan sayang Ar-Rahman..
0 comments:
Post a Comment