Outward Bound Malaysia. Thumbs Up!

Assalamualaikum
hello2 hye!!
Alhamdulillah hari ne rasa bertenaga pula nak mencoret sesuatu di blog yg sangat la aku sayang ini.

Di sini saya nak kongsi 1 pengalaman yang berharga di Outward Bound Malaysia.
9 June yang lalu, saya dan rakan2 scholar  batch first Tunas Potensi 2013 yang lain telah di hantar ke Outward Bound School di Teluk Batik Perak.

Kami bertolak awal pagi dari Sunway Monash Residence, masa tu saya tak kenal lagi kwn2 dari semenanjung. Saya geng2 dgn budak2 Borneo sja.
 (tak cnfiden nak ckp dgn drg, sya takut drg tidak paham sya ckp sabahan) hehe


Petang tu sampai OBS.
HP kena ambik. a week without handfon (alaa.. aku tak kesah laa..)

Dan Dengan bangganya aku nak habak kat hampa semua..
Aku watch BUBU!!
*watch a.k.a kumpulan

Dalam Watch Bubu ada 16 orang kesemuanya.
Ingat mereka semua..
Zulfana, Ba, Steph, Auni, Nisa, Ain, Dee, Min, Paan, Zul, Heri, Faizal, Raj, Haidir, Gibs
Hasil Kreativi Mazidah Aliah a.k.a Min.. :)
credit to her!

 Semua mempunyai peristiwa sendiri yang menjadi kenangan. Lucu2...
 aduii.. kalau saya ingat balik, memang gelak sendiri laa.

Ok kita cerita tentang aktiviti pula.
Aktiviti kami terbahagi kepada 2 bahagian..

LAND EXPEDITION!


SEA EXPEDITION!


 Untuk land expedition kami ada JUNGLE TREKKING
*nak highlight juga.. hehe


Kesianlah kepada siapa yg ter-over-packed tu. ^_^
Kami bukan bawa diri saja, tapi kami pun bawa barang2 dlm bag pack..


*Alhamdulillah ini tidak terjadi kepada kami.

Termasuklah.

Bawa a gallon of water!
Tapi nasib baiklah kwn2 lelaki Bubu memahami kami yang memang keberatan membawa air.
*mahu jak saya buang air dalam gallon tu at that time.. hihi

Perjalanan 9 jam beb!
Naik turun bukit..
Naik lagi..
Turun..
dan naik lagi..
Betul2 mencabar mental dan fizikal ku..
 

Bukannya saya tidak pernah join jungle trekking tapi yg ne mmg mencabar but sangat seronok!!

i dont know why,. tapi memang seronok laa.

 I still remember mcmna saya force myself and keep on saying "yann! stay positif" hehe

Tahukah anda semasa JT ne la juga saya first time nampak pacat. Sebab kat sabah tak banyak pacat kot??.


Saya memang tak geli pun dengan pacat ne. Mungkin sebab saya tak familiar dgn pacat.
*familiar??
But i know NISA geli dgn pacat.. hahaha..
(ketawa jahat)

Next..

ABSEILING
Kami buat abseiling di Pulau Pangkor. Lepas letih2 berkayak terus kami abseiling pla..
Kayak??
*nnti saya cerita ok!

[Azea!! no more ckp aku gayat lagi ar.. Aku berjaya bwt benda tu zea. Aku pendam2 sendiri jak perasaan tinau  aku zea.. kau teda sini bah zea.. edeii.. hihi]
*message khas untuk Azea Rusliza ( org yg slalu ckp aku "gayat")

ok., ingat ABSEILING ingat AUNI.
Kwn kami sorang ne tinggi lampai but takut akan ketinggian.
* saya akan ingat sampai bila2.. 

Next. Sea Expidition!
KAYAKING


Alaa.. dah mention tadi kan berkayak ke mana. 

 Ya! Pulau Pangkor.. 
Sebelum ini saya asyik dengar2 orang dok sebut Pulau Pangkor tu cantik. 

Dari Teluk Batik kami berkayak ke Teluk Sekadeh, Pulau Pangkor. Alhamdulillah, sampai juga saya ke sana akhirnya. 
 Dan kami yang paling awal sampai. ( saya tahu zulfana tak puas hati dia kalah.. hahaha)

 Lepas ne boleh lah saya temberang2 cikit dengan kwn2 saya.. 
( Nehhyy..Aku sudah pernah berkayak pigi Pulau Pangkor.. ko ada??..) hehe 

Kami berkhemah di sana 1 malam bertemankan kuyak2 yang berakal bana
 (monyet2 yang pintar). 
Monyet2 itu mempunyai strategi yang hebat dalam misi mencuri makanan kami. aigoo..
 we should learn from them.

Ya, monyet2 di sana amatlah pintar kalah monyet2 yang ada di depan rumah saya ne. 

 *Mahu tahu kepintaran si monyet ini, dtg la ke camp site Teluk Sekadeh.


 Sebenarnya kalau nak cerita kronologi dari hari first sampai last.
 Memang banyak lagi nak tulis. Biarlah kami saja yang simpan semua kenagan itu.  *cehh ayat..

 It is Difficult to describe in words.

 Ingat Obs ingat ba (bazilah) juga . Kawan yang banyak memberi kami kenangan la.
 Periang dan sangat baik. Saya banyak ketawa dengan lawak spontan dia bersama yang lain2 juga.
 Ingat Abang Aliff juga, our instructer yang banyak memberi inspirasi.
 ^_^


Beberapa gambar yang sempat saya ambik time last day.

Narnia Tree.

Depan tu Pulau Pangkor. ^_^

Stor Bubu!

Dee from Kelantan. ;)








p/s. Terima Kasih YPPB, sebab merancang aktiviti yang terbaik untuk kami.
Terima Kasih kepada pihak Outward Bound School Malaysia!!
Banyak mengajar kami yang tersirat dan tersurat.. :)


12 comments:

 

Followers

Haryanie Yusraa

My Photo

A little girl who dream high!
A law student.