Perbualan hati ke hati
yang terakhir
Februari, tahun 2015
Masa itu aku tekad
untuk pulang
Kerna aku rindu bapa
Aku tahu bapa tidak
sihat
Entah sudah berapa
minggu bapa di hospital
Kali ini tidak seperti
sakit yang dulu
Aku mesti pulang!
Bapa selalu mengadu
Hospital bukan tempat
yang selesa
Bapa kata hospital
sangat sejuk
Kesian bapa
Oleh kerna itu,
Aku tekad untuk belikan
bapa baju tebal
Ya. Aku ke Midvalley
Belikan sweater biru (Yang
bapa pakai sampai masuk ICU)
Pertama kali bapa tidak
menjemput aku di Airport
Sebab bapa baru keluar
dari hospital
Dan berehat di rumah
Bapa tunggu aku
dirumah!
Bermula perbualan
panjang kami
Perbualan hati ke hati
Seorang bapak dan anak
Sungguh Allah bagi kami
peluang
Untuk berkongsi cerita
dan rasa hati buat terakhir kali
Selesai cuti seminggu.
Pertama kali bapa tidak
bangun untuk menghantar aku ke airport.
Kesian bapa tidak
sihat.
Aku pergi selepas
sempat cium tangan dan pipi bapa.
1 comments:
Rindunya dengan Yanie * peluk *
Post a Comment