Laskar Pelangi mengejar mimpi.


Hargai kehidupan.
Setiap yang kau bisa lihat, dengar, rasa dan sentuh.
Dan apa yang kau yakini.


Kejarlah mimpi-mimpi mu. Asal ia masih mimpi yang murni.
Teruskan langkahmu meski sering kali kau jatuh.
Berbahagia dan terus berusaha.
^_^




Mimpi adalah kunci
untuk kita menakhlukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya.

Laskar pelangi
tak kan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa.

Menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…

Cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita.

Laskar pelangi
tak kan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi.

Menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia

Selamanya..




Aku suka lagu ini. Lagu yang aku ulang-ulang dengar semasa belajar untuk SPM dulu.
 Lagu semangat yang buat aku rasa lebih kuat. Lagu yang mempunyai maksud yang indah. 

Lagu yang buat aku rasa ingin memberi penghargaan kepada setiap apa yang aku ada, dan apa yang ada bersama aku. ( semoga rasa ini tetap ada)

Pasti kamu juga tahu lagu ini berdasar kepada satu kisah  dalam novel yang di adaptasikan menjadi filem.

Kisah yang sangat indah dan luar biasa bagi aku.
 Laskar pelangi merupakan kisah benar tentang 10 orang anak miskin kampung di Pulau Belitong Indonesia yang berusaha untuk untuk menuntut ilmu walaupun dengan  keterbatasan dan halangan. 

Pergi ke sekolah dengan berkaki ayam, naik basikal 80 kilometer, hidup miskin, papan tulis yang di tampal, atap yang berlubang dan banyak lagi halangan yang lain. 

Walaupun begitu mereka tetap tabah, bahagia dan terus berusaha. :)

 Kisah ini telah di angkat menjadi sebuah Novel oleh Andrea Hirata yang juga merupakan seorang daripada 10 budak itu. 
Kisah ini membuatkan orang yang membaca/menonton rasa bersalah jika tidak menghargai kehidupan. Itu pendapat aku. ;)

Bersyukurlah pada Yang Kuasa.
Alhamdulillah



5 comments:

Aku pengembara said...

Laskar pelangi :)

Unknown said...

aniq Bukhary wrote : "Laskar pelangi :)"

Yupss.. laskar pelangi.. dlm novel ada byk lg kisah sambungannya.. sang pemimi dan edensor..;)

Unknown said...

err, naik basikal 80km? ke sekolah? pergi balik 160km? aku bajet basikal boleh bawa 5-10km/j, so 8jam nk pi sekolah? err =.='

Unknown said...

kopi pasta wrote : "err, naik basikal 80km? ke sekolah? pergi balik 160km? aku bajet basikal boleh bawa 5-10km/j, so 8jam nk pi sekolah? err =.='"

Kisah dalam novel tu mcm tu laa.. tapi 80 kilometer pergi dan balik..
Nak tahu lebih awak boleh baca novelnya...^_^

Anonymous said...

salam Yus..ehehe..baru sempat jenguk entri ni..:)

kita baca ja ayat pertama dah menyanyi lagu ni..hehe.. dlu di al-hijrah ada rasanya drama laskar pelangi..memang best.. ^^

Nana Liena

 

Followers