Pensil Kayu~



Tadi aku pergi kedai Gshop, Kedai yang kira sinonim la pada orang-orang KB yang mahu print gambar dan sebagainya. 
Sedang aku berurusan dengan dengan kakak yang di kaunter tu. 

Tiba2 pakcik yang kira-kira berusia 50 tahun yang sedang berdiri tidak jauh di belakang tanya
"Dik, mana itu lekwit ar?" (dengan logat dusun pekat)

Belum sempat pun aku jawap, kakak kauter tu suda jawab.

"sana tu pakcik"
(Sambil tunjuk arah dimana beralatan tulis di susun)


benda ini sebenarnya pakcik tu cari. Correction pen as known as liquid paper correction. liquid kalau orang kami sabahan cakap lekwit.. hehe





..Aku terus tersenyum.. 

 Aku berfikir mesti pakcik ne belikan untuk anak dia. :)

Aku sebenarnya teringat dulu masa sekolah rendah bapa aku suka belikan aku pensil kayu cantik harga 50 sen. Aku tahu harga dia sebab bila bapa bagi masih ada tanda harga. Pensil 50 sen masa tu bagi aku memang mahal, eyala pensel kayu lain kan 20 sen. Mungkin bapa bagi Sebab aku adalah salah seorang anak bapa yang paling komited belajar ( sebak plak aku ingat )hihi Mungkin itu salah satu cara bapa untuk meningkatkan semangat dan memberi dorongan pada aku. Aku sangat happy bila dapat pensil tu. Aku masih ingat macammana rupa da. Macam pensil kayu biasa juga tapi dia lebih cantik corak bunga-bunga, kalau kena teromon pun senang dan tidak mudah patah. 





Tapi sebenarnya jarang-jarang juga aku dapat pensil tu.. Kalau mama yang kasi beli konfom harga 20sen. Tapi time2 budak2 apa-apa pun semuanya indah..:) Tapi dulu dan sekarang pun berbeza,. Aku akui sejak masuk sekolah menengah aku lebih suka menggunakan pensil mekanikal a.k.a pensil tekan-tekan walaupun untuk melorek kertas OMR. Kalau masa sekolah rendah rasanya pernah sekali aku memiliki pensil mekanikal itu masa aku dapat hadiah dari cikgu Abu Dulaip sebab aku dapat nombor 1 dalam kelas. Pensel mekanikal + lead dia sekali. Betapa sukarnya untuk aku mendapatkan pensil tekan2 masa tu. :)


pensel kayu yang di tajamkan menggunakan pisau kn?
dulu mama aku selalu tolong tajamkan pensel aku guna pisau dan kadang2 parang dan kadang2 guna pisau cukur bapa aku kalau tiada teromon. Mungkin ada yang tahu apa itu teromon mungkin ada juga tidak. *itu bahasa kami budak-budak kampung.


Ini dia teromon @ pengasah pensil @penajam pensil

Sebenarnya pensil kayu sangat istimewa. Dengan pensil kayu la aku mula belajar menulis.. menulis dan menulis. Walaupun tulisan aku macam cakar ayam pada mulanya. Tapi bermula dengan menggunakan pensil kayu jugalah tulisan aku semakin baik. Bila sudah tumpul, aku tajamkan guna pisau, dan kadang2 aku ambik pisau cukur bapa aku untuk tajamkan. Kadang-kadang tu aku hampa sendiri, sebab bukan semakin tajam tapi semakin tumpul. Mulalah aku minta tolong mama. Tapi rasanya aku lebih banyak menggunakan teromon yang bulat ada cermin warna-warni. yang 20sen jak tu! ingat?.. hehe Dengan pensil kayu ne juga aku ingat sokongan bapa mama aku kepada aku sejak dari kecil. Pensil kayu adalah simbolik kepada semangat dalam susahan hidup. Untuk mencapai sesuatu yang indah mesti bersusah-susah dan bersakit-sakit dahulu. Macam pensil yang mesti di asah sebelum menjadi tajam. kn. kn.. hehe ^_^

 "mama sentiasa ingin agar anak mama ni imbas kembali waktu hidup kita susah dulu" 
kata-kata ini mama aku pernah tulis dalam surat untuk aku bertarikh 2.7.2012.
Inilah mama aku, mama suka tulis surat untuk aku bila hampir pada peperiksaan besar. UPSR.PMR.SPM. tiga2 surat tu masih aku simpan.
Aku pernah juga share surat tu dengan sorang bff aku..cik Ela ehehe..

Aku tahu aku belum menjadi anak yang cukup baik.. But hasrat aku memang ingin jadi anak yang baik.. sholeha... 
Family come first!! ye!






Aku Harap aku tidak akan pernah lupa yang aku pernah tulis entry ini. Sebab aku tidak mahu lupa apa yang aku tulis tu.
 ^^




Kembali ke jalan yang benar!~ peace!



5 comments:

Vivi Farhana said...

Sebak aku membacanya Yan,,Hihihi~

Haryanie yusraa said...

hehehe... aku pun tulis feeling ne... haha

Vivi Farhana said...

patutlah~ kau bawa aku bersama pulak. HAHAHA

anis arina said...

teringat zaman sekolah rendah tgk pensil tu hee.btw it's true family comes first in everything :)

Haryanie yusraa said...

:) sayang mama bapa.. ^^

 

Followers

Haryanie Yusraa