..NIKMAT MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN..

Bismillah..



Kita selalu tengok orang lain,benda apa yg dia ada tapi tiada pada kita,,,

 Kita selalu hitung nikmat yang Allah bagi pada orang lain,siapa yang lebih banyak,,,

 Kita selalu minta,meminta dan terus meminta,sampaikan yang di tangan pun tak kisah,,,

Hakikatnya ramai manusia lupa,,lalai dan terus hanyut dibuai dunia.

 Bayangkan,bila kita bagi seseorang sesuatu,dan orang itu terus berlalu pergi,tanpa sedikit pun tersenyum apatah lagi ucapan 'terima kasih'.

 Mgkn ada antara kita dah kutuk orang tu 24 jam tanpa berhenti,siap share lagi ngn kawan,post kat facebook,tulis  kat blog.


Tapi,Allah,,,
Pemberi nikmat yg sebenar2nya,yg selalu beri kita macam2 yg kita minta.Tak pernah Allah marah bila kita tak ucap terima kasih,bahkan Allah beri kita lagi dan lagi dan lagi.


Nikmatnya tak pernah putus2.Bahkan Allah berfirman," Berdoalah kepada Aku,nescaya akan aku perkenankan untukmu,,,"

Tapi kita,,,apa yg dh kita lakukan??

Kita selalu minta yg besar-besar.
Sedangkan yang kecil2 nikmat pun kita susah nk berterima kasih kepada Allah.

 Pernah kita bersyukur Allah jadikan kita dalam kalangan bani Adam?
Sahabat,pernah terfikir tak nikmatnya menjadi manusia.Walau pun ada antara kita yang kurang sempurna,tapi kita ada nikmat akal untuk berfikir.Ada hati,perasaan. Kita mampu ketawa,tersenyum,berangan..

 Pernah terfikir klu Allah jadikan kita selain manusia,,,jadi lipas ka? Agaknya kita mampu ke baca post ni,,hehe ^0^

 Sahabat,Allah dah pilihkan kita agama.Lahir je dah muslim.Dah belajar segal2nya dari kecil tentang Islam.

 Pernahkah kita bersyukur?


 Bukan itu sahaja,Allah dah jadikan kita Nabi untuk ajar kita.

Pernahkah kita bersyukur? Nabi asyik teringat-ingat kita,,1432 tahun yang lalu.Rindunya baginda dengan kita.Kita? Sunnah baginda ke mana? Sedih klu baginda tengok keadaan kita sekarang kn..

 Setiap barangan elektrik mesti ada user guide,cara2 nak guna,nak pasang barang tu.Kalau kita baca user guide tu elok2,mesti kita akan dapat peralatan tu,,,,,klu kita xbaca,tak pun kita lempar ja buku panduan tu.Pasang sendiri,buat2 pandai,,,tu yang rak buku jadi meja.

Kita ni barangan yg dicipta Allah.Allah dah bagi user guide,panduan hidup,lengkap segala sudut dan aspek  kehidupan. Allah dah sediakan semua,tinggal kita utk kaji isi alQuran,tadabbur,baca, faham,ikut.Tapi,kita? Kita kata hukum Allah mcm2. Tak sesuailah,ketinggalan zamanlah. Pencipta mestilah tahu kehendak ciptaanya. Pernahkah kita bersyukur?

((Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan))...

0 comments:

 

Followers