~Jom jadi Unique~





SENYUMLAH PADA DUNIA PASTI DUNIA TERSENYUM PADAMU!
(semangat pula)
As we know.. keputusan spm baru sahaja di umumkan dan lepas tu ramailah yang pergi ke bank simpanan nasional untuk membeli pin upu.. kannn???

Eya la bah tu.. dan semua berusaha untuk mengisi macam2 aplikasi di internet untuk meneruskan pengajian lepas spm.
 Termasuklah saya dan geng2 saya..
Dalam kesibukan ini, saya secara tidak sengaja terbaca post seorang Jurulatih Multiskill saya di PLKN dulu.. (perkataan dulu tu macam menunjukkan perkara tu sudah lama berlalu,,..padahal..)


 Inilah realiti sekarang terlalu ramai yang cemerlang dalam sijil peperiksaan.
 Melalui pembacaan saya, seramai 15,793 daripada 472, 541 calon sijil Pelajaran Malaysia 2012 berjaya memperolehi gred A bagi semua mata pelajaran yang diambil.
Wowwww!!!! Hebatkan.. Mereka... 

Berusaha mendapatkan kecemerlangan akademik, itu bukannya mudah bukan??...




Oleh kerana terlalu ramai yang cemerlang akademik maka institusi pekerjaan tidak akan melihat kecemerlangan akademik sahaja lagi tetapi akan melihat mereka yang seimbang dari segi pertumbuhan rohani, intelek dan jasmaninya. (UNIK laa kaan)




Apa yang saya temui..

Fakta yang konkrit turut 
dikeluarkan oleh Goleman (1995) iaitu kejayaan hidup seseorang hanya ditentukan 
oleh faktor IQ sebanyak 20 peratus dan 80 peratus lagi merupakan sumbangan dari 
faktor-faktor Iain.

So, walaupun kita bukan dalam kalangan mereka yang cemerlang dan cemerlang itu..

Jom menjadi orang yang unik iaitu seimbang dan harmonis dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial berdasarkan kepatuhan dan kepercayaan kepada Allah swt!!!.  
Sudah alang2 cikgu saya mention tentang budaya kerja, saya ambil kesempatan ini untuk share sikit..ok?...
.

Ini lah Buku Modul kami.
 Kalau mahu tengok apa isinya masuklah PLKN (mcm promote plak) ^^

Sebenarnya bukan buku ini saya mahu tunjukkan tapi saya mahu share pengisiannya tentang 10 ciri Budaya Kerja Cemerlang yang dianggap penting oleh pakar2 kita. Take note dengan 10 ciri ini yang pastinya penting untuk mendapatkan peluang pekerjaan nanti ..
Untuk anda dan juga saya..

1. Menepati Masa
         2. Kemahiran Teknologi
                                        3. Kreatif
                                        4. Fasih berbahasa
                                        5. Integriti
                                        6. Terbuka
                                        7. Ahli pasukan
                                        8. Berkepimpinan
                                        9. Komited
                                      10. Bertanggungjawab
           


Namun, ini hanya pendapat kecil saya hasil pembacaan yang membuatkan minda saya berfikir dan berfikir..  Jika anda mempunyai pendapat yang lain itu tidak menjadi masalah.
Saya hormati mendapat anda..^^

"...Kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya." 
(Surah Ali-Imran, ayat 159)

Akhirulkalam..,

"La Hawla Wala Quwwata Illa Billah." Tiada daya dan upaya melainkan kekuatan Allah.
Kita hanya merancang dan Allah juga yang akan menentukannya.


0 comments:

 

Followers