Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya."
Sesungguhnya ujian daripada puasa itu amat besar. Oleh itu orang yg berpuasa di sisi Allah SWT sangat mulia di mana Allah menyediakan pintu khas ke syurga yang dinamakan ar-Rayyan. Malaikat yang menjaga pintu tersebut akan menyeru dan memanggil orang-orang yg berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu ar-Rayyan yang dijaganya dan tiada sesiapa pun yg layak melaluinya melaikan yg layak.. sayangnya Allah dengan kita kn..tidak trhitung sayang Allah pada kita.. :) sesungguhya Allah telah membeli masa, diri dan harta kita dengan memberikan syurga buat kita d akhirat kelak.. semoga Ramadhan kali ini akn memberi seribu satu keinsafan buat diri kita sebagai hamba Allah yang lemah yang tidak dapat lari dari kesilapan.. Sama2 kita memperbanyakkan amal soleh, kerana bulan Ramadhan merupakn bulan yg teristimewa.. semua pahala akn berlipat kali ganda.. Last but not least, ^_~ Semoga hidayah Allah itu sentiasa bersama kita, tanpa hidayah daripada Allah mana mungkin kita mampu menjadi wanita yg solehah lelaki yang soleh.. kerana hidayah itu milik Allah SWT.. dan beruntunglah sesiapa yang memperoleh hidayah. jika terdetik rasa hidayah itu dalam jiwa kita trus save.. jgn backspace dan jgn delete..^^
Semoga ada tempat buat kita di syurga Ar-Rayyan..^^
0 comments:
Post a Comment