Book review: 1# Ma Yan, Sanie B. Kuncoro




Aku berjalan kaki bagi menempuh perjalanan ke sekolah sejauh dua puluh kilometer. 
Melepasi gurun, padang gersang, dan lembah yang menjadi tempat bagi persembunyian ular yang lapar. 

Biarpun begitu kakiku masih mampu bertahan meskipun terasa lengguh.

Perjalanan ini sungguh meletihkan.

Kadangkala aku akan berehat di bawah pohon seketika atau menumpang traktor dengan membayar satu yuan.  Padahal satu yuan itu di beri ibu sebagai wang saku untuk seminggu. 

Menggunakan satu yuan untuk membayar tambang traktor bersamaan aku terpaksa makan nasi tawar tanpa sayur selama seminggu di asrama.. Kerana lazimnya satu yuan itu akan aku belanjakan untuk makan sayur di asrama sekolahku selama seminggu. 

Pernah juga dulu aku menahan lapar selama lima belas hari. Waktu itu aku hanya makan semangkuk nasi tawar setiap hari. Semua itu aku lakukan untuk mengumbul yuan bagi mendapat sebatang pen.

Kesetiaanku kepada pembelajaranku tidak mampu ditandingi. Aku rela berlapar untuk mendapat ilmu agar kelak keperitan ibu dan ayahku terbayar. Agar sejarah kemiskinan yang diwarisi akan berakhir.

Namun kini, aku rasakan seperti mendapat hukuman mati apabila ibu meminta aku untuk berhenti sekolah. 

Adakah ini hasil usaha kerasku??. ..

Ibu sendiri tahu aku begitu setia dan rajin dalam pengajianku. Tapi mengapa ibu ingin aku mengubur semua cita-cita itu...
 Ibu sendiri pernah bilang hanya pelajaran mampu mengubah hidup kita. Ibu sendiri selalu perpesan supaya kelak nanti aku akan ke universiti dan dan mendapat pekerjaan yang bagus.

Adakah ibu mahu kita selamanya hidup dalam kemiskinan?..
Mahukan ibu melihat aku menjadi seperti ibu yang hidup dengan segala penderitaan.
Ibu tidak pernah kenyang dan lapar itu sudah menjadi teman akrab ibu begitu juga aku. Aku juga setiap hari lapar walaupun sudah makan semangkuk nasi. Tapi ibu pasti lebih lapar. Ibu memberikan kami semangkuk nasi padahal ibu makan  hanya sesuap.

Mahukah ibu melihat aku juga membesarkan anak-anakku kelak seperti itu??

Ibu aku mohon berilah aku peluang itu. Lakukalah sesuatu agar anakmu ini tidak  menanggung nasib yang sama seperti ibu. Ibu juga berhak mendapat kebahagiaan setelah terlalu banyak pengorbanan yang telah ibu lakukan kepada kami. Bantulah aku mencapai impianku ibu agar aku dapat membawa ibu keluar dari kemiskinan ini.

Ibu tolong jangan hentikan langkahku. Jangan berhentikan aku dari sekolah. Lakukanlah apa saja walau terpaksa mengosongkan magkuk nasiku.

( Ma yan , Zhangjiangshu 2000)




Aku merasakan bahawa akulah ibu yang paling gagal dan tidak sempurna. 
Aku tidak pernah memberikan makanan yang berzat kepada anak-anakku bahkan makanan yang aku sediakan kepada mereka tidak pernah membuatkan mereka kenyang. 

Itulah kegagalan aku...
Dan masih banyak lagi kegagalanku sebagai seorang ibu.

Aku adalah seorang ibu yang membiarkan tangan anak-anak kecilnya yang halus menjadi kasar dengan memegang sabit menuai gandum di ladang. Aku membiarkan anak-anakku yang masih kecil bermandi keringat melakukan pekerjaan yang sepatutnya dilakukan oleh orang dewasa. Aku menyekat zaman kanak-kanak mereka yang sepatutnya penuh dengan warna-warni dan gelak ketawa. 

Tapi jarang sekali anak-anaku merungut. Mungkin mereka paham bahawa dengan cara ini sahaja kami mampu menyara hidup.

 Bahkan aku juga membiarkan mereka melalui perjalanan berbahaya sejauh 20 kilometer untuk ke sekolah.

Ibu seperti apakah aku ini?..

Dan kini aku amat kesal kerana membuatkan hati anakku Ma Yan terluka. Aku tahu dia anak yang sangat pintar dalam pembelajaran. Tapi oleh kerana keadaan yang sangat mendesak aku terpaksa membuat keputusan memberhentikannya. 

"Mahukan ibu melihat aku menjadi seperti ibu yang hidup dengan segala penderitaan?
Ibu tidak pernah kenyang dan lapar itu sudah menjadi teman akrab ibu begitu juga aku. Aku juga setiap hari lapar walaupun sudah makan semangkuk nasi. Tapi ibu pasti lebih lapar. Ibu memberikan kami semangkuk nasi padahal ibu makan  hanya sesuap.

Mahukah ibu melihat aku juga membesarkan anak-anakku kelak seperti itu??..."

 Namun, kata-kata anakku itu sungguh membekas di hatiku. Dia merayu agar aku tidak memberhentikannya. 

Sungguh mendalam tekad anakku itu.
Ibu seperti apakah aku sanggup mengubur cita-cita anaknya. Aku memang ibu yang gagal... 

Tapi setelah mendengar permintaan anakku. Aku sudah bertekad untuk yang satu itu. Aku akan berusaha agar anakku akan terus bersekolah.

Aku akan membuatkannya terus bersekolah.  Aku akan berusaha segenap daya agar anakku tidak mewarisi nasib ini. 
Aku akan membuatmu berdaya wahai anakku.

( Bai Juhua, ibu Ma Yan, Zhangjiangshu 2000)


Kisah tersebut merupakan kisah benar yang berlaku di negara China. Ma Yan seorang gadis kecil yang berusaha untuk mendapat pendidikan. Dia percaya bahawa mendapat pendidikan merupakan satu jalan keluar dari kemiskinana. Banyak buku yang menceritakan kisah tersebut.


  Dan hasil entry saya di atas hasil pembacaan pada buku ini. Tapi ditulis dengan perkataan sendiri.
Mengandungi 180 mukasurat dan saya habis baca dalam sehari saja. Buku yang sangat bagus mengajak kita lebih tabah dan menghargai kehidupan.


Pieree Haski mendapat catatan Ma Yan daripada Bai Juhua iaitu ibu Ma Yan ketika membuat satu kajian di desa Zhangjiangshu pada tahun 2002.


 English version.

Saya mencadangkan pelajar-pelajar sekolah untuk membaca buku ini.
 In english or Malay version.
Sebab ada nilai besar yang boleh di perolehi daripada kisah ini.

Wallahulam.


3 comments:

 

Followers

Haryanie Yusraa

My Photo

A little girl who dream high!
A law student.