Catatan/12.02 am/290914
Bangun dari tidur dan check handphone. Satu message dari ela sambungan perbualan tadi.
Ela: Haha.. That is you yan. Barhati2 dan teliti dan minta puji. Haha. Ya tidak. Minta puji tu tidak.
Selepas membaca message dari Ela, terdetik di hati untuk membaca blog Ela.
Satu persatu entri aku baca. Setiap tulisan Ela membuat aku terkedu.
Harapan dan cita-cita itu.
Cerita itu, sepertinya aku pernah menulis sebegini.
Sepertinya dulu aku pernah punya semangat, cita-cita dan kesedaran sebegini.
Aku mula berfikir dan berfikir.
Kadang-kadang aku lupa, Allah yang merancang cerita hidup ini. (Ampun hambamu yang lupa ini ya Allah)
Kadang-kadang aku lupa bahawa nawaitu aku sepatutnya semata-mata kerana Allah.
Kadang-kadang aku lupa bahawa aku punya mamabapa yang perlu aku sayangi dan kasihi lebih dari segalanya.
Kadang-kadang aku lupa bahawa kerehatan sebenar seorang pejuang itu adalah di akhirat kelak.
Kadang-kadang aku lupa, bahawa putus asa itu tidak sepatutnya ada dalam kamus hidup aku.
Kadang-kadang aku lupa bahawa aku perlu senyum pada dunia, agak dunia tersenyum pada aku.
Kadang-kadang aku lupa bahawa bahawa hakikat hidup ini seperti pelangi yang warna warni.
Kadang-kadang aku lupa bahawa aku perlu bangkit seribu kali selepas jatuh sekali.
Kadang-kadang aku lupa bahawa aku perlu melangkah gagah.
Kadang-kadang aku lupa bahawa terlalu ramai insan-insan yang baik pernah hadir dalam hidup aku.
Kadang-kadang aku lupa bahawa aku punya sahabat-sahabat yang pernah mewarnai kamus hidup aku.
Kadang-kadang aku lupa bahawa ada kegagalan yang perlu aku tebus kembali.
Kadang-kadang aku lupa bahawa aku perlu mengirim cas-cas positif kepada orang lain.
Banyak lagi yang aku kadang-kadang lupa.
Aku rindu semagat aku yang dulu.
Tapi hakikat manusia itu selalu alpa dan leka.
Yang pasti, aku tidak boleh gagal di sini!!
Dunia realiti sebenar.
Tiada daya dan kekuatan melainkan pertolongan daripadamu yang Allah.
Aku dan mereka 3 tahun lalu.
Semoga Aku tidak lupa, apa yang aku tulis pada hari ini.
Sesungguhnya tangan yang menulis sangat hampir dengan hati ini.
Senyum pada dunia pasti dunia tersenyum padamu.
Kembali ke jalan yang benar. :)
1 comments:
hey...assalamualaikum..! kirim salam kat vivi! :)
dia ada blog lagi dok?
Post a Comment