I am turning to 20.

 I am turning to 20. 




Assalamualaikum, 
Hi hi world!

Agak lama tidak menulis di blog yang usang ini.
Dalam setahun ini banyak perkara berlaku.
Manis, Pahit.
Berlari, Tersungkur.
Terbang, Terjatuh.

Hari ini masuk dua bulan bergelar pelajar degree.

Foundation studies aku sudah habis ya?

Sembilan bulan belajar peringkat asasi memang mencabar. Bukan setakat belajar yang mencabar, kehidupan seharian pun mencabar. *Apalah erti hidup kalau tiada cabaran yann!!

Tapi aku sangat bersyukur, sepanjang pengajian asasi di HELP University, aku banyak bertemu orang-orang yang baik-baik belaka. Dengan Dean (Dekan) dan lecturer yang banyak membantu, juga sahabat-sahabat yang baik hati. *Jahatnya aku kalau menghampakan harapan depa.

 Lagi-lagi bertemu dengan sahabat-sahabat dalam PKPIM. *Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.  
Banyak sebenarnya aku dapat belajar dari mereka semua. 

Dan yang paling penting, doa dan sokongan dari mamabapa.
Sumber kekuatan dan motivasi terbaik. 
Orang yang selalu yakin pada aku, saat aku sendiri kurang yakin diri sendiri. 

Dan sekarang aku sudah bergelar pelajar Bachelor of Laws. 
InshaaAllah akan graduasi 3 tahun depan. Amiiinn. 
Harapan,

Ada sesuatu yang aku boleh contribute kepada society. 
Jangan di lupa, mahasiswa anak masyarakat.
Kita sedang mempersiapkan diri untuk kembali kepada masyarakat. 
Jangan mengaku kau berjaya kalau kau tidak mampu menyumbang kepada masyarakat. *Tunding jari pada diri sendiri
 *Ingat apa yang kau tulis ne yann

Sekarang jalan aku mungkin masih belum jelas, tapi aku cuba untuk memahami dan mencari. 

Semoga Allah pandu. 

InshaaAllah bulatkan tekad, usaha sehabis baik, bergantunglah kepada tuhan!

HELP University, Cerita 3 tahun. 





0 comments:

 

Followers