Assalamualaikum warahmatullah..
Petang tadi saya telah menerima satu email balasan daripada SKMM berkenaan aduan saya tentang satu page yang menghina Nabi Muhammad S.A.W.
Berdasarkan email tersebut pihak SKMM tidak dapat berbuat apa-apa kerana pemilik page tersebut bermastautin di luar negara.
Untuk option yang boleh di buat bolehlah membaca full email di bawah.
Tuan/Puan
HALAMAN FACEBOOK YANG MENGHINA NABI MUHAMMAD S.A.W
Merujuk kepada maklumbalas tuan bertarikh 31 Julai 2013 berhubung perkara di atas.
2.
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah
meneliti aduan/maklumbalas tuan/puan berkenaan halaman Facebook yang
menghina Nabi Muhammad S.A.W di capaian https://www.facebook.com/adlinbinti.abdjalil.Untuk
makluman tuan/puan, suspek yang bertanggungjawab memaparkan kandungan
di halaman Facebook tersebut dikenal pasti bermastuatin di luar
negara. Oleh yang demikian, sebarang tindakan penguatkuasaan atau
perundangan terhadap individu terbabit tidak dapat dilakukan
memandangkan ianya adalah di luar bidang kuasa pihak SKMM.
3.
Walaubagaimanapun, laporan penyalahgunaan kepada pihak Facebook
telahpun dibuat oleh pihak SKMM. Untuk makluman tuan/puan, Facebook
beroperasi di luar negara dan sebarang keputusan untuk mengeluarkan
atau mengalihkan kandungan terbabit adalah tertakluk kepada terma dan
syarat yang ditetapkan oleh pihak mereka. Di samping itu, pihak
tuan/puan juga digalakkan untuk membuat aduan terus kepada pihak
Facebook dengan menggunakan perkhidmatan ’report abuse’ yang disediakan
di laman tersebut dengan langkah-langkah seperti berikut:
i. Layari halaman Facebook tersebut
ii. Pilih dan teruskan aduan dengan memilih ruangan ”Report Page”
iii. Klik pada ruangan ”I think it shouldn’t be on Facebook”
iv. Klik pada ruangan ”Hate speech”
v. Pilih butang ”Targets a religious group”
vi. Klik pada kotak ”Report to Facebook”
5.
Pihak kami juga menggalakkan pihak tuan/puan mengajak rakan-rakan yang
lain untuk sama-sama melaporkan aduan penyalahgunaan tersebut kepada
pihak Facebook, kerana bilangan aduan yang dimajukan adalah diutamakan
oleh pihak Facebook.
6. Pihak SKMM ingin mengucapkan
terima kasih di atas aduan pihak tuan/puan serta keprihatinan anda
dalam memastikan ruang Internet ini bebas dari kandungan negatif. Jika
terdapat sebarang pertanyaan atau maklumbalas, pihak tuan/puan boleh
berhubung dengan Jabatan Media Baru SKMM di talian 03-8688 8000 atau
menerusi emel newmedia.unit@cmc.gov.my .
Sekian terima kasih.
Yang benar,
Erni binti Gani
Biro Aduan Pengguna SKMM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
63000 Cyberjaya, Selangor.
Saya berharap saudara muslim semua membantu untuk membuat tindakan "report abuse".
Kita semua berkewajipan untuk menjaga agama kita.
In Shaa Allah. Semoga hidayah Allah itu terus bersama kita. :)
5 comments:
Macam mne ek .. Tak retii lah nak buatt ..
@Nur Aisyah.
i. Layari halaman Facebook tersebut
ii. Pilih dan teruskan aduan dengan memilih ruangan ”Report Page”
iii. Klik pada ruangan ”I think it shouldn’t be on Facebook”
iv. Klik pada ruangan ”Hate speech”
v. Pilih butang ”Targets a religious group”
vi. Klik pada kotak ”Report to Facebook”
:)
ramai betul yg sakit hati dgn Islam ni kan...subhanallah!
Isyah tak jumpa Ruangan ”Report Page” .. Kat mana ek ?
Kalau tak freind ngan dia ponn boleh ke ?
@Nur Aisyah
ada button kat sebelah message..click.. pilih option report/block
Post a Comment