"Report Abuse" page yang menghina Islam.

Assalamualaikum warahmatullah..

Petang tadi saya telah menerima satu email balasan daripada SKMM berkenaan aduan saya tentang satu page yang menghina Nabi Muhammad S.A.W.
Berdasarkan email tersebut pihak SKMM tidak dapat berbuat apa-apa kerana pemilik page tersebut bermastautin di luar negara. 
Untuk option yang boleh di buat bolehlah membaca full email di bawah.

Tuan/Puan

HALAMAN FACEBOOK YANG MENGHINA NABI MUHAMMAD S.A.W

Merujuk kepada maklumbalas tuan bertarikh 31 Julai 2013 berhubung perkara di atas.

2. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah meneliti aduan/maklumbalas tuan/puan berkenaan halaman Facebook yang menghina Nabi Muhammad S.A.W di capaian https://www.facebook.com/adlinbinti.abdjalil.Untuk makluman tuan/puan, suspek yang bertanggungjawab memaparkan kandungan di halaman Facebook tersebut dikenal pasti bermastuatin di luar negara. Oleh yang demikian, sebarang tindakan penguatkuasaan atau perundangan terhadap individu terbabit tidak dapat dilakukan memandangkan ianya adalah di luar bidang kuasa pihak SKMM.

3. Walaubagaimanapun, laporan penyalahgunaan kepada pihak Facebook telahpun dibuat oleh pihak SKMM. Untuk makluman tuan/puan, Facebook beroperasi di luar negara dan sebarang keputusan untuk mengeluarkan atau mengalihkan kandungan terbabit adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak mereka. Di samping itu, pihak tuan/puan juga digalakkan untuk membuat aduan terus kepada pihak Facebook dengan menggunakan perkhidmatan ’report abuse’ yang disediakan di laman tersebut dengan langkah-langkah seperti berikut:

i. Layari halaman Facebook tersebut
ii. Pilih dan teruskan aduan dengan memilih ruangan ”Report Page”
iii. Klik pada ruangan ”I think it shouldn’t be on Facebook”
iv. Klik pada ruangan ”Hate speech”
v. Pilih butang ”Targets a religious group”
vi. Klik pada kotak ”Report to Facebook”

5. Pihak kami juga menggalakkan pihak tuan/puan mengajak rakan-rakan yang lain untuk sama-sama melaporkan aduan penyalahgunaan tersebut kepada pihak Facebook, kerana bilangan aduan yang dimajukan adalah diutamakan oleh pihak Facebook.

6. Pihak SKMM ingin mengucapkan terima kasih di atas aduan pihak tuan/puan serta keprihatinan anda dalam memastikan ruang Internet ini bebas dari kandungan negatif. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau maklumbalas, pihak tuan/puan boleh berhubung dengan Jabatan Media Baru SKMM di talian 03-8688 8000 atau menerusi emel newmedia.unit@cmc.gov.my .

Sekian terima kasih.

Yang benar,

Erni binti Gani
Biro Aduan Pengguna SKMM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
63000 Cyberjaya, Selangor.

Saya berharap saudara muslim semua membantu untuk membuat tindakan "report abuse".
Kita semua berkewajipan untuk menjaga agama kita.
In Shaa Allah. Semoga hidayah Allah itu terus bersama kita. :)


5 comments:

Aisyah said...

Macam mne ek .. Tak retii lah nak buatt ..

Unknown said...

@Nur Aisyah.
i. Layari halaman Facebook tersebut
ii. Pilih dan teruskan aduan dengan memilih ruangan ”Report Page”
iii. Klik pada ruangan ”I think it shouldn’t be on Facebook”
iv. Klik pada ruangan ”Hate speech”
v. Pilih butang ”Targets a religious group”
vi. Klik pada kotak ”Report to Facebook”

:)

Sally Samsaiman said...

ramai betul yg sakit hati dgn Islam ni kan...subhanallah!

Aisyah said...

Isyah tak jumpa Ruangan ”Report Page” .. Kat mana ek ?

Kalau tak freind ngan dia ponn boleh ke ?

Unknown said...

@Nur Aisyah
ada button kat sebelah message..click.. pilih option report/block

 

Followers